BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 26, 2009

Tugasan 1 : Mengapa Kajian penting bagi GURU?

  1. Melalui kajian, ia mampu menjana minda guru agar menjadi lebih kreatif, kritis dan inovatif dalam semua bidang samada berkaitan dengan pendidikan atau sebaliknya.
  2. Mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dalam pendidikan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
  3. Kajian tindakan akan memacu kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang akademik atau ko-kurikulum.
  4. Melalui kajian tindakan, guru dapat mengenal pasti teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan dan efektif, yang boleh diaplikasikan semasa proses P&P.
  5. Melahirkan guru yang berilmu dan berwawasan berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  6. Dapat memberi kepuasan bekerja di kalangan guru.
  7. Sebagai alat pengukur terhadap tahap prestasi guru.
  8. Pembudayaan ilmu dalam diri guru.
  9. Mendebatkan sesuatu perkara atau polisi dengan pengetahuan yang diperolehi melalui kajian.
  10. penambahbaikan amalan sedia ada pada diri guru.