BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 5, 2009

TUGASAN 3: ULASAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM DPLI JANUARI 2009 (26-27 OKT 2009)

TAJUK 1:
MENINGKATKAN MINAT DAN PRESTASI PELAJAR DALAM SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Pembentang: Normahidayu Binti Mohd Nordin P48642
Siti Rafeqah Binti Samsunanwar P48667


a) Penyataan masalah
  1. Adakah penggunaan teknik Pembelajaran Kooperatif mampu meningkatkan minat dan prestasi pelajar-pelajar dalam subjek Biologi?
  2. Adakah penggunaan teknik Pembelajaran Kooperatif sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek Biologi?


b) Metodologi, setting kajian, sampel kajian
  1. Metodologi yang digunakan ialah method Kemmis & Mc Taggart 1998 (method ini meliputi perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi).
  2. Setting kajian - perbincangan dalam kumpulan( Think-Group-Share).
  3. Kumpulan sasaran atau sampel kajian melibatkan 30 orang pelajar biologi tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Puchong.

Ulasan: Pengajaran secara kuliah merupakan satu kaedah yang sering digunakan oleh guru, namun kreativiti pengkaji dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dapat menarik perhatian pelajar.


c) Pengumpulan dan penganalisisan data:
  1. PENGUMPULAN DATA (Soal selidik, rakaman video, temubual, komen pensyarah penyelia)
  2. DATA KUANTITATIF (Hasil kerja pelajar [Peta Minda], ujian bertulis [pra & pos])

Ulasan: Menurut pengkaji, jika dilihat pada awal pengajaran dan pembelajaran, pelajar berasa kurang yakin untuk berkomunikasi dan kurang berminat dengan subjek biologi. Namun, melalui pemerhatian pengkaji sepanjang tempoh mengajar, pengkaji mendapati pelajar menjadi semakin yakin untuk berkomunikasi secara lisan dan berani tampil ke hadapan serta ada sikap saling bantu membantu antara mereka.


d) Implikasi kajian
  1. Berlaku perubahan tingkah laku pelajar – dari kurang minat kepada minat.
  2. Pelajar lebih memahami subjek- perbincangan dalam kumpulan (Think-Group-Share).

Ulasan: Berdasarkan daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji, didapati tidak semua pelajar memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas. Oleh itu p pengkaji memberi cadangan penambahbaikan iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk membuat rujukan dari sumber yang lain bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar. Implikasi kajian ialah pengkaji berjaya membantu pelajar yang pasif di dalam kelas menjadi aktif, disamping pelajar berpeluang menambah pelbagai pengetahuan.


e) Perkara yang dipelajari:
Dari pembentangan kajian tindakan ini, input yang diberikan amat berkesan kepada saya, dimana teknik pembelajaran kooperatif dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan berinteraksi antara individu dalam kumpulan tersebut dengan bantuan guru. Dalam proses ini pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bangkangan, membuat keputusan dan penyelesaian masalah berdasarkan pemahaman mengenai subjek yang diajar. Perbincangan dalam kumpulan (Think-Group-Share) merupakan teknik terbaik yang boleh digunakan untuk menarik minat pelajar kerana berlaku penglibatan antara guru dengan pelajar.


TAJUK 2:
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI, SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, SELANGOR

Pembentang : Aisyatulasyiqah Bt Mohamed P48594



a) Pernyataan masalah
  1. Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?
  2. Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam?


b) Metodologi kajian, setting kajian, sampel kajian
  1. Sampel terdiri daripada seramai 29 orang pelajar dari kelas Tingkatan Satu Marikh.
  2. Tempoh kajian - dua sesi iaitu dua kali perjumpaan dalam masa seminggu. Setiap perjumpaan mengambil masa selama 1 jam. Perjumpaan dibuat selama dua minggu iaitu empat kali perjumpaan.
  3. Menggunakan kaedah simulasi- guru menunjukkan cara yang betul di hadapan kelas dan seterusnya meminta murid melakukan semula di hadapan kelas.

Ulasan: Pada pendapat saya, tempoh kajian sebanyak dua sesi ini mencukupi untuk memahamkan pelajar dalam subjek pendidikan islam bahagian ibadah melalui kaedah simulasi. Kaedah simulasi dilihat sebagai suatu kaedah yang berkesan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terutamanya bagi topik yang memerlukan pelajar lebih mengingat fakta-fakta penting yang diajar oleh guru. Guru juga meminta pelajar untuk melakonkan semula dihadapan kelas mengenai bagaimana cara untuk menyucikan najis iaitu najis mukhaffafah, najis mutawassitah dan najis mughallazah. Disamping itu, untuk lebih memahamkan pelajar, pengkaji telah membuat soalan kuiz berdasarkan topik yang diajar.


c) Pengumpulan dan Penganalisisan data:
  1. Pemerhatian (Kitaran 1 dan 2)
  2. Temu bual tidak berstruktur (Kitaran 1 dan 2)
  3. Kualitatif (Sesi soal jawab dan kuiz. Data tersebut dianalisis secara manual)


Ulasan: Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji melakukan pemerhatian terhadap penglibatan serta tingkah laku pelajar dengan melihat kepada kajian yang dijalankan pada kitaran 1 dan 2. Pada kitaran 1, pelajar kurang melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi apabila masuk ke kitaran 2, dapat dilihat perubahan posistif pelajar. mereka lebih meminati topik yang diajar oleh guru. Pengkaji juga melakukan temu bual dengan pelajar dan temu bual dengan guru lain. Temubual ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui jenis kaedah pengajaran guru lain serta pandangan mereka terhadap sikap dan tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain temu bual, pengkaji juga melakukan pengumpulan data melalui sesi soal jawab dan kuiz dalam kelas. Ini bagi bertujuan untuk melihat keberkesanan teknik yang digunakan.


d) Implikasi kajian:
  1. Berlaku perubahan sikap dan tingkah laku pelajar – kurang minat kepada minat.
  2. Pelaja lebih faham kerana mereka mempraktikkannya dihadapan kelas iaitu dengan menggunakan kaedah simulasi.
  3. Melalui soalan kuiz yang disediakan, ia akan membantu meningkatkan potensi pelajar.


Ulasan: Pada pendapat saya, apa jua jenis kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru harus melihat kepada kesesuaian subjek dan tajuk-tajuk dalam subjek berkenaan. pengkaji telah menggunakan kaedah yang sesuai dalam mengajar topik ini iaitu dengan menggunakan kaedah simulasi. Ini dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku pelajar dan tahap kefahaman pelajar setelah diuji melalui soal jawab dan kuiz.


e) Perkara yang dipelajari
Melalui pembentangan kajian tindakan didapati bahawa teknik pengajaran menggunakan kaedah simulasi merupakan satu teknik pengajaran yang memerlukan murid-murid melakonkan semula dengan spontan berdasarkan pengalaman lepas atau keadaan yang pernah dialami. Dengan ini, secara tidak langsung para pelajar akan saling berinteraksi dalam kumpulan atau antara individu dengan bantuan guru. Kaedah simulasi ini juga dapat membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran menjawab, dimana para pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bantahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah soal jawab antara pelajar juga dapat meningkatkan minat dan perhatian pelajar di dalam kelas disamping boleh mengelakkan pelajar cepat mengantuk serta bosan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

0 comments: