BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 2 BERKUMPULAN (JURNAL)

JURNAL 1: AN ACTION RESEARCH: AN APPROACH FOR THE TEACHERS IN HIGHER EDUCATION.
By: Yasmeen, G.
The Turkish Online Journal of Educational Technology – TOJET October 2008 ISSN: 1303-6521 volume 7 Issue 4 Article 5

Kajian tindakan menurut penyelidik dalam artikel ini merupakan satu pembelajaran yang berbentuk formatif yang umumnya melihat perkembangan guru di sekolah. Asasnya kajian tindakan ini adalah suatu proses spiral (menaik), ia melibatkan mengenal pasti masalah, membuat tindakan dan melihat hasil kajian. Matlamatnya ialah meningkatkan penggunaan kajian tindakan kepada guru-guru pendidikan tinggi. Manakala objektif kajian tindakan ini ialah mengkaji keberkesanan dan kelebihan kajian tindakan pada peringkat pendidikan tinggi melalui kebanyakan pelajar sains biologi yang telah dipilih, menekankan cara pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains Biologi, dan mengkaji pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar Sains Biologi. Kajian Tindakan Praktikal (PAR) dipilih untuk mengemukakan dan mengenal pasti masalah utama pelajar Sains Biologi. Kitaran pertama kajian tindakan ini ialah dengan mengumpul pandangan pelajar, kemudian mengenal pasti masalah. Menurut penyelidik, keadaan pendidikan pada masa itu yang tidak stabil melambatkan proses kajian yang dilakukan. Penyelesaian masalah menjadi sedikit rumit dan penilaian terhadap hasil kajian mengambil masa yang agak lama. Keputusannya ialah kajian ini telah menunjukkan bagaimana PAR (Practice Action Research) digunakan dalam kuliah di universiti dalam tempoh yang singkat. Pelajar juga gembira terlibat dengan kajian dan menerima tindakan untuk penambahbaikan. Kajian tindakan ini telah memotivasikan pelajar untuk meningkatkan diri dalam pembelajaran - Terdapat sesetengah guru berpendapat PAR membantu dalam dua cara iaiti menghasilkan ilmu pengetahuan dan tindakan boleh terus dilakukan terhadap pelajar di dalam kelas dengan perancangan yang telah dilakukan, dan memberi idea kepada guru untuk membuat persediaan pembelajaran pada akan datang.

JURNAL 2: USING ACTION RESEARCH TO DEVELOP PRESERVICE TEACHERS' CONFIDENCE, KNOWLEDGE AND BELIEFS ABOUT TECHNOLOGY.
By: Lundeberg M, Bergland M, & Klyczek K.
The Journal of Interactive Online Learning, Volume 1, Number 4, Spring 2003

Artikel ini adalah mengenai penglibatan bakal guru dalam projek kajian tindakan bersama professor dan/atau guru mungkin memberi peluang kepada bakal guru untuk meningkatkan pengetahuan pedagogikal, kepercayaan tentang pengajaran dan meningkatkan keyakinan. Dalam kajian ini, ia fokus kepada sampel kajian iaitu 10 orang guru sains pelatih yang terlibat dalam sebuah projek penyelidikan yang telah dibiayai oleh National Science Foundation. Tujuan projek NFS ini adalah untuk meningkatkan pembelajaran yang berdasarkan penyelidikan di sekolah tinggi dan program biologi universiti melalui molekular biologi menggunakan simulasi komputer dan persidangan internet. Keputusan menunjukkan guru prakhidmat dalam kajian tindakan mempelajari mengenai kesan penelitian pembelajaran multimedia dengan meningkatkan refleksi berdasarkan kepercayaan mengenai interaksi dan pemerhatian pelajar dalam situasi makmal komputer. Disamping itu, daripada laporan guru prakhidmat, mereka memperoleh kepercayaan diri dan memgembangkan teknologikal yang lebih komplek mengenai isi pengetahuan pedagogikal.

JURNAL 3: WHITE PRE-SERVICE TEACHERS LEARNING MULTICULTURALISM THROUGH CONSTRUCTIVISM: AN ACTION RESEARCH CASE.
By: Dario J. Almarza
Learning Multiculturalism 1, University of Missouri-Columbia, Columbia, MO 65211

Kajian ini membincangkan hasil satu kajian tindakan di mana kandungan dan pelaksanaan satu kursus asas kepelbagaian budaya di peringkat kursus prasiswazah untuk guru-guru prakhidmat yang berubah daripada pendekatan tradisional kepada kaedah pembelajaran konstruktivism. Pendekatan konstruktivism ini menyediakan pelajar dengan pengalaman/pengetahuan sedia ada, membolehkan mereka membina visi walaupun berbeza budaya sebagai bakal guru. Implikasi utama dalam kursus ini ialah pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan dengan menggunakan tugasan yang disediakan oleh pelajar itu sendiri dengan pengalaman pertama multicultural. Selama pembelajaran program itu, mereka menemu bual pelajar, memahami tentang budaya anak mereka, dan membahaskannya dalam kuliah mengenai pandangan dan pengalaman mengenai isu multicultural. Hasil dapatan daripada pengetahuan/pembelajaran ini, pendapat dan pengetahuan yang diperole oleh guru prakhidmat telah membantu/menyumbang kepada pembangunan pengetahuan fungsi bagi multikulturalisme.

0 comments: