BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 5 (TUGASAN 1 BUKU / TUGASAN 4 MINI KT)

MENGAPA GURU PELATIH/NOVIS/ BERPENGALAMAN PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

ACTION RESEARCH FOR EDUCATIONAL CHANGE.
  • Untuk meningkatkan kemahiran disamping menghasilkan pengetahuan kepada guru itu sendiri.(m/s 49)
  • Sebagai satu langkah alternatif untuk menghuraikan etika refleksi (prosedur yang teratur) seperti yang telah digariskan. (m/s 51)
  • Mengetengahkan langkah penyelesaian kepada masalah – masalah yang timbul dari teori atau isu-isu daripada guru. (m/s 53)
  • Kajian tindakan mengintegrasikan perkembangan dan pengajaran guru, pembangunan dan penilaian kurikulum, refleksi falsafah dan penyelidikan kepada konsep yang seragam dalam satu amalan pendidikan reflektif. (m/s 54)
  • Dalam kajian tindakan, guru cuba meningkatkan kualiti pendidikan melalui pengalaman pembelajaran murid itu sendiri berdasarkan struktur kurikulum. (m/s 55)


INDIVIDU:

Mengembangkan profesionalisme guru
Kajian tindakan dapat membantu dalam mengembangkan profesion perguruan. Dengan kajian yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memperbaiki kelemahan yang ditemui dan ini secara tidak langsung membantu dalam mengembangkan profesion keguruan.

Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan membantu mengubah amalan mengajar
Melalui kajian tindakan boleh mendapatkan maklumat berkaitan pengamalan mereka dan berkongsi maklumat tersebut dengan rakan sejawat dan sebagainya. Ini dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan juga dapat membantu mengubah amalan mengajar yang masih terdapat kekurangan.

Berkongsi maklumat dan usaha berpasukan
Kajian tindakan yang menggunakan cara kolaboratif contohnya dapat merapatkan hubungan, saling membantu, memahami situasi dan produktif. Usaha sama di kalangan guru adalah lebih menjadi apabila guru dalam pasukan penyelidik turut terlibat menjalankan kajian di kelas masing-masing.

Menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik
Guru akan lebih mengetahui kaedah atau cara menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik . Penyelidikan yang sistematik akan dapat membantu dalam mendapatkan hasil yang lebih tepat dalam usaha membantu memperbaiki kelemahan yang ditemui.


KUMPULAN:
  1. Guru yang menjalankan kajian tindakan akan mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
  2. Guru dapat merancang dan menyediakan bahan pengajaran berasaskan kepada huraian mata pelajaran dengan lebih tepat dan berkesan.
  3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
  4. Guru dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.
  5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
  7. Merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.
  8. Membantu guru-guru melakukan penambahbaikan dalam amalan proses pengajaran dan pembelajaran.
  9. Melahirkan guru yang kreatif dan inovatif. Guru yang menjalankan kajian tindakan akan berusaha untuk menghasilkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan membina bahan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  10. Melahirkan guru yang sentiasa mengikuti arus perubahan pendidikan berasaskan kepada kehendak Kementerian Pelajaran.

SEBAB MEMILIH TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN INI.

Tajuk: LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebab :

Laman sesawang
  • Sebagai tambahan kepada pengajaran di dalam kelas.
  • Untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi di kalangan guru dan pelajar.
  • Meningkatkan daya ingatan dan pemahaman pelajar.

Kit Pembelajaran
  • Dijadikan sebagai bahan tambahan dalam proses P&P.
  • Mengalakan interaksi sosial dikalangan guru dan pelajar.
  • Mengintegrasi penggunaan Bahan Bantu Elektronik kepada Bahan Bantu Mengajar.

0 comments: