BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS: KONSEP DAN MODEL REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi sosial di sekolah. Tujuan penyelidikan itu adalah untuk membaiki kualiti amalan guru.

Pelopor kajian tindakan di bilik darjah di United Kingdom, Elliott (1981) mengatakan bahawa, “kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial”.

Carr dan Kemmis (1986) juga menyatakan bahawa kajian tindakan ialah satu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk membaiki dan memahami amalan dan situasi sosial. Kenyataan mereka: “Action research is a form of self-reflective inquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including education) situation in order to improve the rationality and justice of their social or educational practice; their understanding of these practices; and the situation (and institution) in which these practices are carried out.”

Mc. Niff (1998) menerangkan bahawa kajian tindakan ialah satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Menurut beliau, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (usaha sama) sewaktu mengadakan kajian. Beliau merumuskan konsep kajian tindakan dengan mengatakan bahawa: “Action research implies adopting a deliberate openness to new experiences and processes, and, as such, demands that the action of educational research is it self educational. By consciously engaging in their own educational development, teachers gain both professionally and personally, and it is this personal commitment that counts the process of human inquiry.”

Lomax (1994) menegaskan kajian tindakan ialah penyelidikan pendidikan (educational research) yang berbeza dengan penyelidikan dalam pendidikan (research in education).

PROSES MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

Proses 1
Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.
Proses 2
Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa p elaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.
Proses 3
Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti (contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan)
Proses 4
Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. (contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru)
Proses 5
Analisa keputusan/dapatan dan mereflek keberk esanan aktiviti yang dijalankan.
Proses 6
Bertindak (melaksanakan rancangan) Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.
Proses 7
Memerhati (mengumpul bukti) Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.
  • Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar.
  • Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.
  • Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat.
  • Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.
  • Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekod salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.
Proses 8
Mereflek (analisa dan refleksi):
  • Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian.
  • Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.
  • Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain.

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

Individu
  1. Merupakan kajian tindakan oleh guru secara individu
  2. Fokus kepada satu isu dalam bilik darjah. Contoh :
  • Mendapatkan penyelesaian bekenaan dengan masalah penggunaan bilik darjah.
  • Stategi pengajaran
  • Pembelajaran pelajar
Kolaboratif
  1. Kajian tindakan yang dilakukan oleh lebih daripada dua orang sama ada guru-guru dalam bidang yang sama, guru-guru dalam pelbagai subjek atau pun guru-guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti.
  2. Fokus kepada satu isu dalam bilik darjah atau satu masalah yang sama dalam bilik darjah yang berlainan.
Organisasi (sekolah)
  1. Merupakan kajian tindakan di peringkat sekolah.
  2. Fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah. Contoh: untuk meningkatkan keaktifan ibu bapa dalam PIBG.
Daerah
  1. Guru bekerjasama dalam satu organisasi yang melibatkan beberapa sekolah dalam menyelesaikan satu isu yang sama diperingkat daerah.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

Mengembangkan profesionalisme guru
Kajian tindakan dapat membantu dalam mengembangkan profesion perguruan. Dengan kajian yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memperbaiki kelemahan yang ditemui dan ini secara tidak langsung membantu dalam mengembangkan profesion keguruan.

Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan membantu mengubah amalan mengajar
Melalui kajian tindakan boleh mendapatkan maklumat berkaitan pengamalan mereka dan berkongsi maklumat tersebut dengan rakan sejawat dan sebagainya. Ini dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan juga dapat membantu mengubah amalan mengajar yang masih terdapat kekurangan.

Berkongsi maklumat dan usaha berpasukan
Kajian tindakan yang menggunakan cara kolaboratif contohnya dapat merapatkan hubungan, saling membantu, memahami situasi dan produktif. Usaha sama di kalangan guru adalah lebih menjadi apabila guru dalam pasukan penyelidik turut terlibat menjalankan kajian di kelas masing-masing.

Menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik
Guru akan lebih mengetahui kaedah atau cara menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik . Penyelidikan yang sistematik akan dapat membantu dalam mendapatkan hasil yang lebih tepat dalam usaha membantu memperbaiki kelemahan yang ditemui.


KEPENTINGAN
  • Guru yang menjalankan kajian tindakan akan mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amala n pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya
  • Guru dapat merancang dan menyediakan bahan pengajaran berasaskan kepada huraian mata pelajaran dengan lebih tepat dan berkesan.
  • Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
  • Guru dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.
  • Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  • Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
  • Merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.
  • Membantu guru-guru melakukan penambahbaikan dalam amalan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melahirkan guru yang kreatif dan inovatif. Guru yang menjalankan kajian tindakan akan berusaha untuk menghasilkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan membina bahan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Melahirkan guru yang sentiasa mengikuti arus perubahan pendidikan berasaskan kepada kehendak Kementerian Pelajaran.


REKA BENTUK K AJIAN TINDAKAN

Reka bentuk kajian tindakan boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah. Kajian mesti bergerak dengan mantap/teliti melalui peringkat-peringkat yang telah digariskan. Perubahan dan pemeringkatan prestasi kerja ini boleh dilakukan berdasarkan kepada gelungan langkah yang terdiri daripada merancang, bertindak, dan menilai tindakan melalui pemerhatian dan refleksi.

Model Kajian Tindakan Kurt Lewin

  1. MenganalisisMasalah (Perbincangan penyelidik guru &pensyarah - Tinjauan karya)
  2. konseptualisasi Masalah: Prinsip/Teori Berhubung Dengan Masalah
  3. Pembentukan Pelan Tindakan & Penetapan Alat Kajian Kaedah Penilaian
  4. Pelaksanaan Tindakan
  5. Mengutip dan menganalisis data
  6. Refleksi dan penilaian

Model Kajian Tindakan Kajian Tindakan Stringer (1999)

Tiga fasa kajian (proses sentiasa berulangan dan diperbaharui)
  1. Penglihatan (looking) - untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.
  2. Pemikiran (thinking) - mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
  3. Tindakan (action) - iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengwujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.
Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)


Empat langkah dinyatakan dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle):
  1. Mereflek - refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran.
  2. Merancang - guru menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
  3. Bertindak - guru melaksanakan pelan yang dihasilkan.
  4. Memerhati – sewaktu dalam prose pelaksanaan, guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan.
Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru akan memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah dapat diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality).

0 comments: