BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

18-12-09: AKTIVITI 1 : BUKU (PENGUMPULAN/ANALISIS DATA)

TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH FOR EDUCATIONAL CHANGE
BY : JOHN ELLIOTT

PENGUMPULAN / PENGANALISISAN DATA
(METODOLOGI)

1) Diari
Diari yang baik adalah diari yang digunakan secara berterusan. Seorang guru seharusnya mempunyai diari. Melalui catatan diari ini, guru dapat membandingkan pengalaman sedia ada dengan apa yang di catatkan dalam diari tersebut. Diari harus mengandungi catatan peribadi berdasarkan pemerhatian, perasaan, reaksi, tafsiran, hipotesis, pantulan dan penjelasan. Diari juga harus mengandungi tarikh dan masa yang tepat.

2) Profil
Profil menyediakan pandangan satu situasi atau seseorang dari semasa ke semasa. Dalam situasi pengajaran individu (kelas), pengkaji boleh menghasilkan profil pengajaran, atau prestasi pelajar tertentu.

3) Analisis dokumen
Dokumen boleh memberikan maklumat yang relevan dengan isu-isu dan masalah yang sedang dikaji. misalnya, dalam konteks kajian tindakan kelas, dokumen yang relevan meliputi:
a) Silibus dan skim kerja
b) Laporan 'Kurikulum' pihak sekolah dan jawatankuasa kerja.
c) Pemeriksaan kertas dan ujian.
d) Minit mesyuarat jabatan
e) Kertas kerja dan lembaran tugas
f) Bahagian dalam buku
g) Contoh karya tulis kanak-kanak.

4) Bukti gambar/fotografi
Melalui foto gambar, ia boleh menerangkan sesuatu situasi. Contohnya, pelajar sedang melakukan tugasan kelas, apa yang berlaku di belakang guru, kerangka fizikal dalam kelas, pola organisasi sosial di dalam kelas seperti susunan kedudukan antara pelajar dengan guru, postur dan kedudukan guru ketika mengajar.
Selain itu, gambar ini boleh diambil dengan bantuan seorang pemerhati, namun guru sendiri sudah mencukupi untuk mengumpulkan bukti. Bukti-bukti ini boleh dibawa dalam perbincangan dengan ahli lain dari pasukan kajian tindakan lain atau dengan peserta lain yang sedang melakukan kajian tindakan.

5) Kaset/perakam video dan transkrip
Dalam konteks kajian tindakan kelas, penggunaan kaset atau perakam video boleh digunakan untuk merakamkan sesi pengajaran. Namun pun begitu, berkemungkinan ia boleh mengganggu sesi tersebut. Penggunaan kamera juga boleh digunakan tetapi ia mempunyai batas kerana tidak dapat memuatkan hal-hal tertentu yang relevan dan penting. Seseorang guru mungkin akan mendapat lebih banyak pengetahuan dan kemudian boleh mengalihkannya dalam bentuk transkrip.

6) Menggunakan pemerhati luar
Guru juga boleh menggunakan khidmat pemerhati luar semasa mengajar atau sewaktu menjalankan kajian tindakan tetapi mereka perlu diberikan penerangan yang lengkap terlebih dahulu bagaimana untuk menyusun maklumat. Pemerhati luar boleh mengambil gambar, membuat rakaman video ketika guru sedang melakukan pengamatan atau menemu bual dengan menggunakan pita perakam atau perakam video. Pemerhati luar boleh terdiri daripada ahli pengkaji lain, rakan sekerja atau pelawat luar (konsultan).

7) Temu bual
Temu bual merupakan cara terbaik untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Temu bual terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a) Temu bual berstruktur
Soalan-soalan yang dikemukan adalah soalan yang telah dirangka terlebih dahulu. Pengkaji akan menyoal mengikut soalan-soalan yang telah dirancang itu.
b) Temu bual tidak berstruktur
Temu bual boleh jadi di mana-mana sahaja, soalan yang diberikan adalah on the spot.
c) Temu bual semi-struktur
Meliputi temu bual berstruktur dan tidak berstruktur. Soalan-soalan sudah dirangka awal tetapi semasa menemu bual responden, pengkaji terfikirkan soalan lain untuk disoal.

8) Ulasan berterusan
Dalam satu tempoh masa, peserta diam untuk mematuhi apa yang sedang berlaku. Ini akan member peluang kepada pengkaji untuk melakukan ulasan berterusan. Sepanjang tempoh ulasan dijalankan, pengkaji tidak dibenarkan mengganggu dalam tugasan yang diberikan kepada murid-murid yang terlibat. Cari posisi duduk yang terbaik, jangan duduk dihadapan murid. Jangan membuatkan murid berasa mereka diawasi. Cuba untuk menulis secar ringkas dan kukuh mengenai apa yang dikatakan dan dilakukan. Perhatikan nada, gerakan dan lain-lain.

9) Gambaran pembelajaran
Dalam situasi kelas, pemerhati akan membuat gambaran pembelajaran dan menjadi perunding luaran. Pemerhati boleh jadi adalah dari ahli kimpulan kajian tindakan. Setiap ahli akan mengambil bahagian masing-masing untuk membuat gambaran mengenai subjek. Kedua-dua kumpulan kajian tindakan boleh berkumpul dan membincangkan hasil dapatan mereka bersama.

10) Senarai semak, soal selidik dan inventori
Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. Senarai semak yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang berstruktur.
Soal selidik pula adalah satu set soalan yang diberikan kepada orang lain dan meminta mereka menjawabnya. Dalam soal selidik tersebut terdapat beberapa soalan dan pilihan jawapan atau pertanyaan.
Manakala inventori ialah senarai pernyataan tentang situasi yang mungkin bersetuju atau tidak. Antara kategori yang terdapat di dalamnya ialah seperti : sangat setuju - setuju - tidak yakin - tidak setuju - sangat tidak bersetuju.

11) Kitaran
Kitaran tidak tertumpu kepada teknik pemantauan, ia adalah lebih kepada kaedah umum untuk mendapatkan bukti yang boleh dibandingkan dan dirujuk. Prinsip asas kitaran ialah pengumpulan data daripada pemerhatian suatu situasi dari pelbagai sudut atau perspektif dan kemudiannya akan membandingbezakannya. Kitaran merupakan bukti awal yang sangat baik untuk pengeluaran memo analitik.

12) Memo analitik
Memo analitik mengandungi pemikiran atau pandangan sistematik seseorang mengenai bukti-bukti(dapatan kajian) yang telah dikumpul dan dihasilkan secara berkala dalam tempoh pemantauan atau pemerhatian. Memo ini mencatatkan perkara-perkara seperti:
a) Cara baru dalam penyiasatan konseptualisasi situasi.
b) Hipotesis
c) Kutipan data dari pelbagai jenis bukti yang dikumpulkan untuk dimasukkan dalam rangka.
d) Pernyataan tentang masalah atau isu yang wujud dalam suatu bidang tindakan.

0 comments: