BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 2, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 MINI KT

Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)

KAEDAH INKUIRI

Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

KAEDAH PERBINCANGAN

Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh. Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas. Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

***************************************************************************************
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Dick dan Carey (Rafidah 2002) atau lebih dikenali sebagai The Dick and Carey System Approach Model (1978). Teori model ini merupakan antara Teori Instructional Design yang terkenal dihasilkan oleh Walter Dick and Lou Carey dalam buku mereka yang bertajuk “The Systematic Design Of Instruction”. Mengikut teori ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Kesemua perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang bersesuaian. Secara grafiknya, teori The Dick and Carey System Approach Model dapat dijelaskan seperti rajah di bawah ;


Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Kajian yang dijalankan oleh P.J Philips di Universiti Texas pada tahun 1950 berhubung dengan perkaitan antara ingatan dan cara sesuatu maklumat disampaikan dapat dilihat melalui jadual I dalam kajian tersebut. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dan bermanfaat kerana ia dapat menggalakkan aktiviti yang pelbagai untuk memastikan keberkesanan proses tersebut secara maksimum.
Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:
i. Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi
ii. Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik
iii. Kanak-kanak sebagai pemikir
iv. Kanak-kanak adalah berpengetahuan
Keempat-empat model ini bersesuaian dengan penggunaan teknologi atau laman sesawang sebagai bahan pembelajaran mereka. (Rapidah 2002).
Kesimpulannya, kerangka teori-teori yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa teknologi moden seperti laman sesawang yang mampu melibatkan pelajar secara lebih meluas dan berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat perlu untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kebaikan pelajar itu sendiri.

KERANGKA KONSEPTUAL
Kerangka konseptual ini terdiri daripada dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif, manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah stail kepelbagaian pembelajaran pelajar dan kemahiran pelajar. Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji hubungan di antara penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dengan peningkatan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar. Kerangka konseptual yang dibentuk bagi kajian ini adalah seperti berikut :

RAJAH KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk memperkenal, mengukuh, menambah dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut :
  1. Mengaplikasikan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif sebagai medium teknologi intruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam meningkatkan kemahiran pelajar.
  2. Meningkatkan kepelbagaian stail pembelajaran di kalangan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini berhasrat untuk menjawab persoalan – persoalan berikut :
(i) Bagaimana penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran pelajar?
(ii) Adakah penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat meningkatkan kepelbagain stail pembelajaran pelajar?

OPERASIONAL KAJIAN
Definisi operational kajian yang digunakan adalah seperti berikut :
(i) Penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pembelajaran melalui laman sesawang ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kit pembelajaran interaktif pula merupakan bahan teknologi bukan elektronik yang mengandungi pelbagai bahan yang seperti kad imbasan bewarna, set permainan pintar dan peralatan yang menyokong aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Kedua – dua bahan ini diintegrasikan dan digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar.

(ii) Stail Kepelbagaian Pembelajaran Pelajar
Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran pelajar adalah tidak sama diantara satu sama lain. Bagaimanapun gaya pembelajaran pelajar perlu dipelbagaikan agar pelajar dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka disamping disesuaikan mengikut subjek dan keadaan.

(iii) Kemahiran Pelajar
Menurut Kamus Dewan Bahasa, kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Kemahiran pelajar boleh dirujuk kepada kecekapan dan kepandaian pelajar melakukan sesuatu, misalnya kemahiran berfikir, kemahiran literasi computer, kemahiran komunikasi dan sebagainya.

(iv) Penilaian Pelajar
Penilaian boleh didefinisikan sebagai perbuatan atau hal menilai ataupun pentaksiran. (Kamus Dewan Bahasa). Penilaian akan dilakukan bagi melihat perubahan dan penambahbaikan stail kepelbagaian pembelajaran pelajar dan peningkatan kemahiran mereka.

0 comments: