BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

18-12-09: AKTIVITI 1 : BUKU (PENGUMPULAN/ANALISIS DATA)

TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH FOR EDUCATIONAL CHANGE
BY : JOHN ELLIOTT

PENGUMPULAN / PENGANALISISAN DATA
(METODOLOGI)

1) Diari
Diari yang baik adalah diari yang digunakan secara berterusan. Seorang guru seharusnya mempunyai diari. Melalui catatan diari ini, guru dapat membandingkan pengalaman sedia ada dengan apa yang di catatkan dalam diari tersebut. Diari harus mengandungi catatan peribadi berdasarkan pemerhatian, perasaan, reaksi, tafsiran, hipotesis, pantulan dan penjelasan. Diari juga harus mengandungi tarikh dan masa yang tepat.

2) Profil
Profil menyediakan pandangan satu situasi atau seseorang dari semasa ke semasa. Dalam situasi pengajaran individu (kelas), pengkaji boleh menghasilkan profil pengajaran, atau prestasi pelajar tertentu.

3) Analisis dokumen
Dokumen boleh memberikan maklumat yang relevan dengan isu-isu dan masalah yang sedang dikaji. misalnya, dalam konteks kajian tindakan kelas, dokumen yang relevan meliputi:
a) Silibus dan skim kerja
b) Laporan 'Kurikulum' pihak sekolah dan jawatankuasa kerja.
c) Pemeriksaan kertas dan ujian.
d) Minit mesyuarat jabatan
e) Kertas kerja dan lembaran tugas
f) Bahagian dalam buku
g) Contoh karya tulis kanak-kanak.

4) Bukti gambar/fotografi
Melalui foto gambar, ia boleh menerangkan sesuatu situasi. Contohnya, pelajar sedang melakukan tugasan kelas, apa yang berlaku di belakang guru, kerangka fizikal dalam kelas, pola organisasi sosial di dalam kelas seperti susunan kedudukan antara pelajar dengan guru, postur dan kedudukan guru ketika mengajar.
Selain itu, gambar ini boleh diambil dengan bantuan seorang pemerhati, namun guru sendiri sudah mencukupi untuk mengumpulkan bukti. Bukti-bukti ini boleh dibawa dalam perbincangan dengan ahli lain dari pasukan kajian tindakan lain atau dengan peserta lain yang sedang melakukan kajian tindakan.

5) Kaset/perakam video dan transkrip
Dalam konteks kajian tindakan kelas, penggunaan kaset atau perakam video boleh digunakan untuk merakamkan sesi pengajaran. Namun pun begitu, berkemungkinan ia boleh mengganggu sesi tersebut. Penggunaan kamera juga boleh digunakan tetapi ia mempunyai batas kerana tidak dapat memuatkan hal-hal tertentu yang relevan dan penting. Seseorang guru mungkin akan mendapat lebih banyak pengetahuan dan kemudian boleh mengalihkannya dalam bentuk transkrip.

6) Menggunakan pemerhati luar
Guru juga boleh menggunakan khidmat pemerhati luar semasa mengajar atau sewaktu menjalankan kajian tindakan tetapi mereka perlu diberikan penerangan yang lengkap terlebih dahulu bagaimana untuk menyusun maklumat. Pemerhati luar boleh mengambil gambar, membuat rakaman video ketika guru sedang melakukan pengamatan atau menemu bual dengan menggunakan pita perakam atau perakam video. Pemerhati luar boleh terdiri daripada ahli pengkaji lain, rakan sekerja atau pelawat luar (konsultan).

7) Temu bual
Temu bual merupakan cara terbaik untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Temu bual terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a) Temu bual berstruktur
Soalan-soalan yang dikemukan adalah soalan yang telah dirangka terlebih dahulu. Pengkaji akan menyoal mengikut soalan-soalan yang telah dirancang itu.
b) Temu bual tidak berstruktur
Temu bual boleh jadi di mana-mana sahaja, soalan yang diberikan adalah on the spot.
c) Temu bual semi-struktur
Meliputi temu bual berstruktur dan tidak berstruktur. Soalan-soalan sudah dirangka awal tetapi semasa menemu bual responden, pengkaji terfikirkan soalan lain untuk disoal.

8) Ulasan berterusan
Dalam satu tempoh masa, peserta diam untuk mematuhi apa yang sedang berlaku. Ini akan member peluang kepada pengkaji untuk melakukan ulasan berterusan. Sepanjang tempoh ulasan dijalankan, pengkaji tidak dibenarkan mengganggu dalam tugasan yang diberikan kepada murid-murid yang terlibat. Cari posisi duduk yang terbaik, jangan duduk dihadapan murid. Jangan membuatkan murid berasa mereka diawasi. Cuba untuk menulis secar ringkas dan kukuh mengenai apa yang dikatakan dan dilakukan. Perhatikan nada, gerakan dan lain-lain.

9) Gambaran pembelajaran
Dalam situasi kelas, pemerhati akan membuat gambaran pembelajaran dan menjadi perunding luaran. Pemerhati boleh jadi adalah dari ahli kimpulan kajian tindakan. Setiap ahli akan mengambil bahagian masing-masing untuk membuat gambaran mengenai subjek. Kedua-dua kumpulan kajian tindakan boleh berkumpul dan membincangkan hasil dapatan mereka bersama.

10) Senarai semak, soal selidik dan inventori
Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. Senarai semak yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang berstruktur.
Soal selidik pula adalah satu set soalan yang diberikan kepada orang lain dan meminta mereka menjawabnya. Dalam soal selidik tersebut terdapat beberapa soalan dan pilihan jawapan atau pertanyaan.
Manakala inventori ialah senarai pernyataan tentang situasi yang mungkin bersetuju atau tidak. Antara kategori yang terdapat di dalamnya ialah seperti : sangat setuju - setuju - tidak yakin - tidak setuju - sangat tidak bersetuju.

11) Kitaran
Kitaran tidak tertumpu kepada teknik pemantauan, ia adalah lebih kepada kaedah umum untuk mendapatkan bukti yang boleh dibandingkan dan dirujuk. Prinsip asas kitaran ialah pengumpulan data daripada pemerhatian suatu situasi dari pelbagai sudut atau perspektif dan kemudiannya akan membandingbezakannya. Kitaran merupakan bukti awal yang sangat baik untuk pengeluaran memo analitik.

12) Memo analitik
Memo analitik mengandungi pemikiran atau pandangan sistematik seseorang mengenai bukti-bukti(dapatan kajian) yang telah dikumpul dan dihasilkan secara berkala dalam tempoh pemantauan atau pemerhatian. Memo ini mencatatkan perkara-perkara seperti:
a) Cara baru dalam penyiasatan konseptualisasi situasi.
b) Hipotesis
c) Kutipan data dari pelbagai jenis bukti yang dikumpulkan untuk dimasukkan dalam rangka.
d) Pernyataan tentang masalah atau isu yang wujud dalam suatu bidang tindakan.

Wednesday, December 2, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 MINI KT

Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)

KAEDAH INKUIRI

Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

KAEDAH PERBINCANGAN

Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh. Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas. Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

***************************************************************************************
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Dick dan Carey (Rafidah 2002) atau lebih dikenali sebagai The Dick and Carey System Approach Model (1978). Teori model ini merupakan antara Teori Instructional Design yang terkenal dihasilkan oleh Walter Dick and Lou Carey dalam buku mereka yang bertajuk “The Systematic Design Of Instruction”. Mengikut teori ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Kesemua perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang bersesuaian. Secara grafiknya, teori The Dick and Carey System Approach Model dapat dijelaskan seperti rajah di bawah ;


Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Kajian yang dijalankan oleh P.J Philips di Universiti Texas pada tahun 1950 berhubung dengan perkaitan antara ingatan dan cara sesuatu maklumat disampaikan dapat dilihat melalui jadual I dalam kajian tersebut. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dan bermanfaat kerana ia dapat menggalakkan aktiviti yang pelbagai untuk memastikan keberkesanan proses tersebut secara maksimum.
Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:
i. Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi
ii. Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik
iii. Kanak-kanak sebagai pemikir
iv. Kanak-kanak adalah berpengetahuan
Keempat-empat model ini bersesuaian dengan penggunaan teknologi atau laman sesawang sebagai bahan pembelajaran mereka. (Rapidah 2002).
Kesimpulannya, kerangka teori-teori yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa teknologi moden seperti laman sesawang yang mampu melibatkan pelajar secara lebih meluas dan berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat perlu untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kebaikan pelajar itu sendiri.

KERANGKA KONSEPTUAL
Kerangka konseptual ini terdiri daripada dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif, manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah stail kepelbagaian pembelajaran pelajar dan kemahiran pelajar. Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji hubungan di antara penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dengan peningkatan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar. Kerangka konseptual yang dibentuk bagi kajian ini adalah seperti berikut :

RAJAH KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk memperkenal, mengukuh, menambah dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut :
  1. Mengaplikasikan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif sebagai medium teknologi intruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam meningkatkan kemahiran pelajar.
  2. Meningkatkan kepelbagaian stail pembelajaran di kalangan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini berhasrat untuk menjawab persoalan – persoalan berikut :
(i) Bagaimana penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran pelajar?
(ii) Adakah penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat meningkatkan kepelbagain stail pembelajaran pelajar?

OPERASIONAL KAJIAN
Definisi operational kajian yang digunakan adalah seperti berikut :
(i) Penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pembelajaran melalui laman sesawang ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kit pembelajaran interaktif pula merupakan bahan teknologi bukan elektronik yang mengandungi pelbagai bahan yang seperti kad imbasan bewarna, set permainan pintar dan peralatan yang menyokong aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Kedua – dua bahan ini diintegrasikan dan digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar.

(ii) Stail Kepelbagaian Pembelajaran Pelajar
Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran pelajar adalah tidak sama diantara satu sama lain. Bagaimanapun gaya pembelajaran pelajar perlu dipelbagaikan agar pelajar dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka disamping disesuaikan mengikut subjek dan keadaan.

(iii) Kemahiran Pelajar
Menurut Kamus Dewan Bahasa, kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Kemahiran pelajar boleh dirujuk kepada kecekapan dan kepandaian pelajar melakukan sesuatu, misalnya kemahiran berfikir, kemahiran literasi computer, kemahiran komunikasi dan sebagainya.

(iv) Penilaian Pelajar
Penilaian boleh didefinisikan sebagai perbuatan atau hal menilai ataupun pentaksiran. (Kamus Dewan Bahasa). Penilaian akan dilakukan bagi melihat perubahan dan penambahbaikan stail kepelbagaian pembelajaran pelajar dan peningkatan kemahiran mereka.

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 12 : PEMURNIAN

TAJUK :
LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENYATAAN MASALAH :
PENGAJARAN SUBJEK LITERASI MAKLUMAT DAN BAHASA MELAYU MEMPUNYAI KONTEKS ISI KANDUNGAN YANG LUAS DAN KURANG MENARIK MINAT PELAJAR JIKA TIDAK DIVARIASIKAN. MAKA PENGKAJI INGIN MENGKAJI ADAKAH PENGGUNAAN LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DAPAT MENINGKATKAN KEPELBAGAIAN STAIL PEMBELAJARAN PELAJAR DAN BAGAIMANA IA DIAPLIKASIKAN DALAM MENINGKATKAN STAIL PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM MENINGKAT KEMAHIRAN MEREKA.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
KAJIAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMPERKENAL, MENGUKUH, MENAMBAH DAN MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR MELALUI PENGINTEGRASIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI KHUSUSNYA LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
SECARA KHUSUSNYA, KAJIAN INI DIJALANKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF BERIKUT :
  1. MENGAPLIKASIKAN PENGGUNAAN LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEBAGAI MEDIUM TEKNOLOGI INTRUKSIONAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR.
  2. MENINGKATKAN KEPELBAGAIAN STAIL PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI PENGINTEGRASIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI KHUSUSNYA LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF.

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 11 : TUGASAN 2 JURNAL

PERNYATAAN MASALAH DALAM KAJIAN TINDAKAN

Jurnal 1: An Action Research: An Approach For The Teachers In Higher Education.
by: Yasmeen, G.

Kajian tindakan merupakan satu pembelajaran yang berbentuk formatif yang umumnya melihat perkembangan guru di sekolah. Asasnya kajian tindakan ini adalah suatu proses spiral (menaik), ia melibatkan mengenal pasti masalah, membuat tindakan dan melihat hasil kajian. kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk mengkaji keberkesanan dan kelebihan kajian tindakan pada peringkat pendidikan tinggi melalui kebanyakan pelajar sains biologi yang telah dipilih, menekankan cara pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains Biologi, dan mengkaji pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar Sains Biologi. Kajian Tindakan Praktikal (PAR) dipilih untuk mengemukakan dan mengenal pasti masalah utama pelajar Sains Biologi.

Jurnal 2: Using Action Research To Develop Preservice Teachers' Confidence, Knowledge And Beliefs About Technology
by: Lundeberg M, Bergland M, & Klyczek K.

Dalam kajian ini, ia fokus kepada sampel kajian iaitu 10 orang guru sains pelatih yang terlibat dalam sebuah projek penyelidikan yang telah dibiayai oleh National Science Foundation. Tujuan projek NFS ini adalah untuk meningkatkan pembelajaran yang berdasarkan penyelidikan di sekolah tinggi dan program biologi universiti melalui molekular biologi menggunakan simulasi komputer dan persidangan internet. Kajian ini dibuat untuk melihat penglibatan guru dalam projek kajian tindakan bersama professor dan/atau guru yang mungkin memberi peluang kepada guru di masa hadapan untuk meningkatkan pengetahuan pedagogikal, kepercayaan tentang pengajaran dan meningkatkan keyakinan.

Jurnal 3: White Pre-Service Teachers Learning Multiculturalism Through Constructivism: An Action Research Case
by: Dario J. Almarza

Kajian ini membincangkan hasil satu kajian tindakan di mana kandungan dan pelaksanaan satu kursus asas kepelbagaian budaya di peringkat kursus prasiswazah untuk guru-guru prakhidmat yang berubah daripada pendekatan tradisional kepada kaedah pembelajaran konstruktivism. Pendekatan konstruktivism ini menyediakan pelajar dengan pengalaman/pengetahuan sedia ada, membolehkan mereka membina visi walaupun berbeza budaya sebagai bakal guru. Implikasi utama dalam kursus ini ialah pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan dengan menggunakan tugasan yang disediakan oleh pelajar itu sendiri dengan pengalaman pertama multikultural. Kajian ini membincangkan hasil satu kajian tindakan di mana kedua-dua kandungan dan pelaksanaan satu pelajaran rendah peringkat kursus prasiswazah untuk guru-guru prakhidmat yang ditawarkan pada sebuah universiti selatan telah pun berubah iaitu daripada tradisional kepada konstruktivism.

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 10 : TUGASAN 1 BUKU (MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN)

Dalam Buku Action Research for Educational Change oleh John Elliott, terdapat 5 langkah dalam mengenal pasti masalah iaitu :

1) Mengenal pasti dan menjelaskan idea umum
Idea umum pada dasarnya adalah satu pernyataan yang mengaitkan idea dengan tindakan. Kriteria penting dalam memilih ‘idea umum’ adalah ia harus sesuai dengan bidang pengkaji dan adakah sesuatu itu mahu diubah atau diperbaiki. Idea umum mungkin perlu disemak semula sepanjang proses kajian tindakan berlansung. Menurut Kemmis (1983), asas kajian tindakan ini adalah suatu proses spiral (menaik), ia melibatkan mengenal pasti masalah, membuat tindakan dan melihat hasil kajian.

2) Pencarian fakta/tinjauan (reconnaissance)
Mengenal pasti masalah kajian atau fakta melalui situasi iaitu pertama, menggambarkan/ menghuraikan fakta-fakta berdasarkan situasi, kita perlu menjelaskan sejelas mungkin sifat dari situasi yang ingin diubah atau diperbaiki. Misalnya, apakah masalah 'murid yang membuang waktu dalam kelas'. Semua fakta diatas membantu untuk menjelaskan permasalahan. Pengumpulan maklumat ini boleh memberikan asas untuk mengkelaskan fakta yang relevan, misalnya menghasilkan kategori untuk mengelaskan pelbagai jenis kategori membuang waktu. Kedua, menerangkan/menjelaskan fakta-fakta berdasarkan situasi. Setelah dikumpul dan menggambarkan fakta-fakta yang relevan yang diperlukan untuk dijelaskan, bagaimanakah ia muncul? Apa kemungkinan yang relevan, atau faktor kritis mengenai keadaan yang digambarkan? Fakta-fakta ini dihuraikan melalui:
  • 'Brainstorming' - jelas menghasilkan hipotesis.
  • Hipotesis percubaan

3) Membina rancangan umum (Membina dan merancang pelan tindakan).
Elliot (1991) dan Kemmis & mctaggart (1988): Rancangan umum tindakan harus mengandungi:
  • Pernyataan idea umum yang diutarakan telah disemak semula.
  • Pernyataan mengenai faktor-faktor yang akan berubah atau meningkatkan sesuatu yang berkaitan dengan keadaan/situasi, dan tindakan yang akan dilakukan ke arah itu, misalnya 'saya akan mengubah cara saya memperkenalkan maklumat faktual kepada murid penerangan jelas mengenai apa yang perlul mereka lakukan’.
  • Pernyataan perundingan dengan (rakan sekerja, penyelia), atau dengan orang lain sebelum melaksanakan tindakan yang dicadangkan.
  • Pernyataan mengenai sumber yang perlu disediakan untuk melakukan tindakan yang dicadangkan, misalnya bahan, bilik, peralatan, dll
  • Pernyataan daripada kerangka etika yang akan menetapkan akses dan maklumat keluaran (menyatakan idea-idea tentang pengumpulan data).

4) Membangunkan langkah-langkah tindakan seterusnya
pengkaji memutuskan dengan tepat mana daripada tindakan yang telah digariskan yang perlu diambil selaras dengan pelan umum dan bagaimana proses-proses itu berlaku serta kesannya akan dipantau. Penting untuk mengingati berikut:
  • Individu perlu menggunakan teknik-teknik pemantauan yang memberikan bukti semasa tindakan sedang dilaksanakan.
  • Individu perlu menggunakan teknik-teknik yang mana menyediakan bukti yang tidak disengajakan serta kesan yang disengajakan.
  • Individu perlu menggunakan pelbagai teknik yang akan membolehkan orang untuk melihat apa yang berlaku daripada pelbagai sudut atau sudut pandang.

5) Pelaksanaan tindakan
Dalam membuat sesuatu kajian, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk memastikannya berjaya. Apa yang dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya dan memastikan segala yang dirancang itu dilaksanakan. Di sini akan berlaku perubahan tingkah laku peserta. Sebagai seorang pengkaji, pemantauan perlu dilakukan pada awal tinjauan lagi, ia juga perlu memilih pelbagai teknik pemantauan untuk menghuraikannya.

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 9 : KT MINI (MATLAMAT/OBJEKTIF/BENTUK)

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 8 : MINI KAJIAN TINDAKAN (CADANGAN)