Saturday, November 21, 2009
TUGASAN KELAS : AKTIVITI 7 : MINI KAJIAN TINDAKAN (KELEMAHAN)
Aktiviti 7
View more presentations from National University Of Malaysia.
Posted by ermmmm..... at 12:23 AM 0 comments
TUGASAN KELAS : AKTIVITI 6 : MINI KAJIAN TINDAKAN (KEKUATAN)
Aktiviti 6View more presentations from National University Of Malaysia.
Posted by ermmmm..... at 12:18 AM 0 comments
Friday, November 13, 2009
TUGASAN KELAS : AKTIVITI 5 (TUGASAN 1 BUKU / TUGASAN 4 MINI KT)
MENGAPA GURU PELATIH/NOVIS/ BERPENGALAMAN PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
ACTION RESEARCH FOR EDUCATIONAL CHANGE.
- Untuk meningkatkan kemahiran disamping menghasilkan pengetahuan kepada guru itu sendiri.(m/s 49)
- Sebagai satu langkah alternatif untuk menghuraikan etika refleksi (prosedur yang teratur) seperti yang telah digariskan. (m/s 51)
- Mengetengahkan langkah penyelesaian kepada masalah – masalah yang timbul dari teori atau isu-isu daripada guru. (m/s 53)
- Kajian tindakan mengintegrasikan perkembangan dan pengajaran guru, pembangunan dan penilaian kurikulum, refleksi falsafah dan penyelidikan kepada konsep yang seragam dalam satu amalan pendidikan reflektif. (m/s 54)
- Dalam kajian tindakan, guru cuba meningkatkan kualiti pendidikan melalui pengalaman pembelajaran murid itu sendiri berdasarkan struktur kurikulum. (m/s 55)
Mengembangkan profesionalisme guru
Kajian tindakan dapat membantu dalam mengembangkan profesion perguruan. Dengan kajian yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memperbaiki kelemahan yang ditemui dan ini secara tidak langsung membantu dalam mengembangkan profesion keguruan.
Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan membantu mengubah amalan mengajar
Melalui kajian tindakan boleh mendapatkan maklumat berkaitan pengamalan mereka dan berkongsi maklumat tersebut dengan rakan sejawat dan sebagainya. Ini dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan juga dapat membantu mengubah amalan mengajar yang masih terdapat kekurangan.
Berkongsi maklumat dan usaha berpasukan
Kajian tindakan yang menggunakan cara kolaboratif contohnya dapat merapatkan hubungan, saling membantu, memahami situasi dan produktif. Usaha sama di kalangan guru adalah lebih menjadi apabila guru dalam pasukan penyelidik turut terlibat menjalankan kajian di kelas masing-masing.
Menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik
Guru akan lebih mengetahui kaedah atau cara menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik . Penyelidikan yang sistematik akan dapat membantu dalam mendapatkan hasil yang lebih tepat dalam usaha membantu memperbaiki kelemahan yang ditemui.
KUMPULAN:
- Guru yang menjalankan kajian tindakan akan mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
- Guru dapat merancang dan menyediakan bahan pengajaran berasaskan kepada huraian mata pelajaran dengan lebih tepat dan berkesan.
- Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
- Guru dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.
- Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
- Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
- Merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.
- Membantu guru-guru melakukan penambahbaikan dalam amalan proses pengajaran dan pembelajaran.
- Melahirkan guru yang kreatif dan inovatif. Guru yang menjalankan kajian tindakan akan berusaha untuk menghasilkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan membina bahan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Melahirkan guru yang sentiasa mengikuti arus perubahan pendidikan berasaskan kepada kehendak Kementerian Pelajaran.
SEBAB MEMILIH TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN INI.
Tajuk: LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sebab :Laman sesawang
- Sebagai tambahan kepada pengajaran di dalam kelas.
- Untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi di kalangan guru dan pelajar.
- Meningkatkan daya ingatan dan pemahaman pelajar.
Kit Pembelajaran
- Dijadikan sebagai bahan tambahan dalam proses P&P.
- Mengalakan interaksi sosial dikalangan guru dan pelajar.
- Mengintegrasi penggunaan Bahan Bantu Elektronik kepada Bahan Bantu Mengajar.
Posted by ermmmm..... at 6:34 PM 0 comments
TUGASAN KELAS : AKTIVITI 4 (TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN)
Tajuk :
LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sebab :
Laman sesawang
- Sebagai tambahan kepada pengajaran di dalam kelas.
- Untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi di kalangan guru dan pelajar.
- Meningkatkan daya ingatan dan pemahaman pelajar.
Kit Pembelajaran
- Dijadikan sebagai bahan tambahan dalam proses P&P.
- Mengalakan interaksi sosial dikalangan guru dan pelajar.
- Mengintegrasi penggunaan Bahan Bantu Elektronik kepada Bahan Bantu Mengajar.
Peserta Kajian :
Pelajar tipikal, bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran.
Setting Kajian :
Di dalam bilik darjah
Posted by ermmmm..... at 6:25 PM 0 comments
TUGASAN KELAS : AKTIVITI 3 BERKUMPULAN (KOLOKIUM)
Tugasan kelas : Aktiviti 3
View more documents from Nur Rawaidah Rahmat.
Posted by ermmmm..... at 6:06 PM 0 comments
TUGASAN KELAS : AKTIVITI 2 BERKUMPULAN (JURNAL)
JURNAL 1: AN ACTION RESEARCH: AN APPROACH FOR THE TEACHERS IN HIGHER EDUCATION.
By: Yasmeen, G.
The Turkish Online Journal of Educational Technology – TOJET October 2008 ISSN: 1303-6521 volume 7 Issue 4 Article 5
The Turkish Online Journal of Educational Technology – TOJET October 2008 ISSN: 1303-6521 volume 7 Issue 4 Article 5
Kajian tindakan menurut penyelidik dalam artikel ini merupakan satu pembelajaran yang berbentuk formatif yang umumnya melihat perkembangan guru di sekolah. Asasnya kajian tindakan ini adalah suatu proses spiral (menaik), ia melibatkan mengenal pasti masalah, membuat tindakan dan melihat hasil kajian. Matlamatnya ialah meningkatkan penggunaan kajian tindakan kepada guru-guru pendidikan tinggi. Manakala objektif kajian tindakan ini ialah mengkaji keberkesanan dan kelebihan kajian tindakan pada peringkat pendidikan tinggi melalui kebanyakan pelajar sains biologi yang telah dipilih, menekankan cara pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains Biologi, dan mengkaji pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar Sains Biologi. Kajian Tindakan Praktikal (PAR) dipilih untuk mengemukakan dan mengenal pasti masalah utama pelajar Sains Biologi. Kitaran pertama kajian tindakan ini ialah dengan mengumpul pandangan pelajar, kemudian mengenal pasti masalah. Menurut penyelidik, keadaan pendidikan pada masa itu yang tidak stabil melambatkan proses kajian yang dilakukan. Penyelesaian masalah menjadi sedikit rumit dan penilaian terhadap hasil kajian mengambil masa yang agak lama. Keputusannya ialah kajian ini telah menunjukkan bagaimana PAR (Practice Action Research) digunakan dalam kuliah di universiti dalam tempoh yang singkat. Pelajar juga gembira terlibat dengan kajian dan menerima tindakan untuk penambahbaikan. Kajian tindakan ini telah memotivasikan pelajar untuk meningkatkan diri dalam pembelajaran - Terdapat sesetengah guru berpendapat PAR membantu dalam dua cara iaiti menghasilkan ilmu pengetahuan dan tindakan boleh terus dilakukan terhadap pelajar di dalam kelas dengan perancangan yang telah dilakukan, dan memberi idea kepada guru untuk membuat persediaan pembelajaran pada akan datang.
JURNAL 2: USING ACTION RESEARCH TO DEVELOP PRESERVICE TEACHERS' CONFIDENCE, KNOWLEDGE AND BELIEFS ABOUT TECHNOLOGY.
By: Lundeberg M, Bergland M, & Klyczek K.
The Journal of Interactive Online Learning, Volume 1, Number 4, Spring 2003
The Journal of Interactive Online Learning, Volume 1, Number 4, Spring 2003
Artikel ini adalah mengenai penglibatan bakal guru dalam projek kajian tindakan bersama professor dan/atau guru mungkin memberi peluang kepada bakal guru untuk meningkatkan pengetahuan pedagogikal, kepercayaan tentang pengajaran dan meningkatkan keyakinan. Dalam kajian ini, ia fokus kepada sampel kajian iaitu 10 orang guru sains pelatih yang terlibat dalam sebuah projek penyelidikan yang telah dibiayai oleh National Science Foundation. Tujuan projek NFS ini adalah untuk meningkatkan pembelajaran yang berdasarkan penyelidikan di sekolah tinggi dan program biologi universiti melalui molekular biologi menggunakan simulasi komputer dan persidangan internet. Keputusan menunjukkan guru prakhidmat dalam kajian tindakan mempelajari mengenai kesan penelitian pembelajaran multimedia dengan meningkatkan refleksi berdasarkan kepercayaan mengenai interaksi dan pemerhatian pelajar dalam situasi makmal komputer. Disamping itu, daripada laporan guru prakhidmat, mereka memperoleh kepercayaan diri dan memgembangkan teknologikal yang lebih komplek mengenai isi pengetahuan pedagogikal.
JURNAL 3: WHITE PRE-SERVICE TEACHERS LEARNING MULTICULTURALISM THROUGH CONSTRUCTIVISM: AN ACTION RESEARCH CASE.
By: Dario J. Almarza
Learning Multiculturalism 1, University of Missouri-Columbia, Columbia, MO 65211
Learning Multiculturalism 1, University of Missouri-Columbia, Columbia, MO 65211
Kajian ini membincangkan hasil satu kajian tindakan di mana kandungan dan pelaksanaan satu kursus asas kepelbagaian budaya di peringkat kursus prasiswazah untuk guru-guru prakhidmat yang berubah daripada pendekatan tradisional kepada kaedah pembelajaran konstruktivism. Pendekatan konstruktivism ini menyediakan pelajar dengan pengalaman/pengetahuan sedia ada, membolehkan mereka membina visi walaupun berbeza budaya sebagai bakal guru. Implikasi utama dalam kursus ini ialah pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan dengan menggunakan tugasan yang disediakan oleh pelajar itu sendiri dengan pengalaman pertama multicultural. Selama pembelajaran program itu, mereka menemu bual pelajar, memahami tentang budaya anak mereka, dan membahaskannya dalam kuliah mengenai pandangan dan pengalaman mengenai isu multicultural. Hasil dapatan daripada pengetahuan/pembelajaran ini, pendapat dan pengetahuan yang diperole oleh guru prakhidmat telah membantu/menyumbang kepada pembangunan pengetahuan fungsi bagi multikulturalisme.
Posted by ermmmm..... at 6:03 PM 0 comments
TUGASAN KELAS: AKTIVITI 1 BERKUMPULAN (DEFINISI KT)
BUKU: ACTION RESEARCH FOR EDUCATIONAL CHANGE
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Kajian terhadap situasi sosial dengan pandangan untuk meningkatkan kualiti tindakan di dalamnya. - M/S 69; John Elliott.
Elliott (1981) mengatakan bahawa, “kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial”. Carr dan Kemmis (1986) juga menyatakan bahawa kajian tindakan ialah satu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk membaiki dan memahami amalan dan situasi sosial.
BUKU : A SHORT GUIDE FOR ACTION RESEARCH
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk mengkaji situasi sekolah atau bilik darjah yang sebenar untuk memahami dan menambahbaik kualiti tindakan atau arahan. (Hensen, 1996; Mctaggart, 1997; Schmuck, 1997)
Kajian Tindakan juga ialah sejenis inkuiri yang dirancang, disusun dan boleh dikongsi dengan guru-guru lain. (Foshy, 1998; Tomlinson,1995)
Kajian tindakan adalah satu kaedah/ proses yang sistematik dan tersusun untuk guru membuat pemerhatian dalam amalan atau untuk meneroka/mengenalpasti masalah dan memikirkan tindakan yang sesuai untuk digunakan atau mencari penyelesaian yang terbaik. (Dinkelman, 1997; Mcniff, Lomax & Whitehead, 1996)
BUKU : PASSIONATE ENQUIRY AND SCHOLL DEVELOPMENT : A STORY ABOUT TEACHER ACTION RESEARCH
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah berorientasikan perubahan ke arah melakukan sesuatu yang berguna dengan pengetahuan yang diperoleh melalui atau sepanjang proses kajian. – M/S 135
Posted by ermmmm..... at 5:58 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)