BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

JURNAL 1
AN ACTION RESEARCH: AN APPROACH FOR THE TEACHERS IN HIGHER EDUCATION.
by: Yasmeen, G.
The Turkish Online Journal of Educational Technology – TOJET October 2008 ISSN: 1303-6521 volume 7 Issue 4 Article 5


Permasalahan
  • Mengkaji cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi mata pelajaran Sains Biologi.

Sampel
  • Pelajar Sains Biologi jurusan Statistik tahun 3 seramai 45 orang.

Setting kajian
  • Dalam dan luar bilik darjah, universiti

Prosedur kajian
  1. Mengenal pasti masalah (Diagnosing)
  2. Mempertimbangkan jalan tindakan alternatif (Action Planning)
  3. Memilih jalan tindakan (Taking Action)
  4. Mengkaji akibat tindakan (Evaluating)
  5. Mengenal pasti pencarian secara umum (Specifying Learning)

Pengumpulan data
  • Perbincangan secara jelas berkaitan konsep dan objektif PAR (Kajian Tindakan Praktikal). Kitaran kajian tindakan bermula dengan pembahagian kelas telah dipilih mengikut kriteria untuk menilai perubahan secara beransur-ansur. Sampel dikumpul melalui pemerhatian kelas, respons pelajar terhadap tugasan dan ujian kelas. Metodologi kajian yang digunakan:
  1. Pemerhatian.
  2. Diagnosis.
  3. Perancangan tindakan.
  4. Tindakan
  5. Penilaian.
  6. Pembelajaran.

Analisis data
  • Penganalisisan data dikumpul daripada pemerhatian dan pencapaian yang diperoleh di dalam bilik darjah bagi ujian yang diberikan. Ujian itu berbentuk pertanyaan soalan di dalam kelas, kerja rumah (home assignment) dan menjawab soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Analisis data dari pemerhatian juga dilakukan dalam bentuk jadual dan gambar rajah.
  • Kitaran kedua (penambahbaikan) dilakukan juga menunjukkan peningkatan tetapi kurang baik.-Kajian ini telah menunjukkan bagaimana PAR (Practice Action Research) digunakan dalam kuliah di universiti dalam tempoh yang singkat.
  • Pelajar gembira terlibat dengan kajian dan menerima tindakan untuk penambahbaikan.-Memotivasikan pelajar untuk meningkatkan diri dalam pembelajaran.
  • Terdapat sesetengah guru berpendapat PAR membantu dalam dua cara:
  1. Menghasilkan ilmu pengetahuan, dapat berkongsi idea dan tindakan boleh terus dilakukan terhadap pelajar di dalam kelas.
  2. Memberi idea kepada guru untuk persediaan pembelajaran akan datang.

Dapatan kajian
  • Dari sudut pemerhatian
Hasil kajian menunjukkan pelajar melakukan ‘home assignment’ dan melibatkan diri dalampraktis menjawab soalan. Namun masih ada masalah dalam proses pembelajaran berdasarkan data yang didapati. Setelah kitaran kedua dijalankan ia menunjukkan peningkatan. Penambahbaikan dilakukan pada kitaran ketiga juga menunjukkan peningkatan tetapi masih kurang baik.

  • Hasil kajian keseluruhan
Kajian ini telah menunjukkan bagaimana PAR (Practice Action Research) digunakan dalam kuliah di universiti dalam tempoh yang singkat. Pelajar juga gembira terlibat dengan kajian dan menerima tindakan untuk penambahbaikan. Kajian tindakan ini telah memotivasikan pelajar untuk meningkatkan diri dalam pembelajaran - Terdapat sesetengah guru berpendapat PAR membantu dalam dua cara iaiti menghasilkan ilmu pengetahuan dan tindakan boleh terus dilakukan terhadap pelajar di dalam kelas dengan perancangan yang telah dilakukan, dan memberi idea kepada guru untuk membuat persediaan pembelajaran pada akan datang.


Masalah yang dikaji
Masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Sains Biologi.

Bagaimana pengkaji melakukan ujian
  • Ujian berbentuk pertanyaan soalan di dalam kelas
  • Kerja rumah (home assignment)
  • Menjawab soalan yang berbentuk penyelesaian masalah


JURNAL 2
USING ACTION RESEARCH TO DEVELOP PRESERVICE TEACHERS' CONFIDENCE, KNOWLEDGE AND BELIEFS ABOUT TECHNOLOGY.
by: Lundeberg M, Bergland M, & Klyczek K.
The Journal of Interactive Online Learning, Volume 1, Number 4, Spring 2003


Permasalahan
Kajian ini dibuat untuk melihat penglibatan guru dalam projek kajian tindakan bersama professor dan/atau guru yang mungkin memberi peluang kepada guru di masa hadapan untuk meningkatkan pengetahuan pedagogikal, kepercayaan tentang pengajaran dan meningkatkan keyakinan.


Sampel
Sampel kajian ini adalah 10 orang guru sains pelatih.


Setting
Kajian di sekolah menengah dan universiti tempatan.


Prosedur kajian
Guru sains pelatih diminta untuk menjadi peserta seminar mingguan di mana mereka perlu membaca kajian lepas mengenai simulasi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains, membiasakan diri dengan beberapa jenis perisian komputer yang digunakan. Mereka juga kemudiannya telah diberi peluang untuk menjalankan kajian (secara pemerhatian dan pengumpulan data) di sebuah sekolah menengah. Dalam tempoh dua tahun seminar yang mereka jalani, guru-guru ini terlibat secara langsung dalam membentuk instrumen yang digunakan dalam kajian. Instrumen yang dimaksudkan termasuklah soal-selidik, pembentukan indikator bagi penilaian poster-poster Web dan kualiti persidangan melalui Internet. Dalam seminar tersebut, mereka menganalisis data-data yang telah dikumpul daripada tahun-tahun lepas secara berkumpulan bagi meningkatkan pengalaman mereka dalam cara pengkodan data-data temubual, menilai poster-poster Web dan mengkodkan interaksi daripada persidangan-persidangan Internet.


Pengumpulan data
  • Pengumpulan data terbahagi kepada dua peringkat - tahun pertama dan tahun kedua.
  • Tahun pertama, guru sekolah menengah menjalankan kajian ini sebagai projek ekstra kredit. Kajian difokuskan secara lebih global, dalam pengumpulan data mengenai keseluruhan kelas sekolah menengah tinggi. Data juga telah dikumpulkan dari pelajar kolej dalam bab pengenalan biologi (yang terangkum dalam kursus biologi) yang menggunakan projek internet berasaskan multimedia bagi berkomunikasi dengan pelajar sekolah menengah tinggi.
  • Tahun kedua mereka telah menyertakannya sebagai satu bahagian daripada kurikulum pembelajaran.

Analisis data
Analisis data adalah berdasarkan Keyakinan, Pengetahuan, Kepercayaan para guru. Pengukuran terhadap keyakinan dan pengetahuan guru dalam kandungan bioteknologi dan penggunaan multimedia dalam pembelajaran dijalankan melalui set soal-selidik yang dijawab oleh para guru di awal dan akhir seminar. Pengukuran terhadap kepercayaan para guru pula dinilai melalui esei dan refleksi yang diberikan oleh para guru tersebut di akhir seminar.

Dapatan kajian
Tahun pertama – para penyelidik (guru-guru) mengumpul dan menganalisis data setelah projek selesai dijalankan. Mereka telah menganalisis 30 poster Web, 60 persidangan Internet, dan temubual dengan 49 orang pelajar sekolah dan kolej. Tahun kedua, para penyelidik tersebut memutuskan untuk menumpukan kajian mereka kepada para pelajar sekolah menengah, dengan melibatkan 17 orang pelajar daripada 8 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Data diluaskan lagi pada tahun kedua tersebut dengan menganalisis kes ke atas para pelajar sekolah menengah. Pemerhatian dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua orang penyelidik. Mereka merakamkan pemerhatian dan refleksi mereka secara elektronik dalam satu laman perbincangan menggunakan perisian Blackboard. Ruang perbincangan ini disertakan satu forum bagi tujuan pemerhatian terhadap kelas secara keseluruhannya (mengenai apa yang pelajar dan guru lakukan ketika dalam kelas), 8 forum untuk pemerhatian dari 8 kumpulan sekolah menengah, dan satu forum untuk penyelidik membincangkan refleksi, pemerhatian dan persoalan yang ingin mereka utarakan. Setiap guru pelatih diperhatikan dan mereka diminta untuk menulis dua kajian mengenai 4 orang pelajar sekolah menengah setelah beberapa pemerhatian dijalankan. Kajian kes juga melibatkan ringkasan temubual guru-guru pelatih tersebut dengan para pelajar menengah, ringkasan dari poster Web pelajar dan sesi persidangan serta pemerhatian yang telah direkodkan. Dalam kajian ini penyelidik merefleksikan apa yang telah mereka peroleh selama tempoh penyelidikan tersebut.

Masalah yang dikaji
Apa yang dipelajari dan tidak oleh para pelajar menengah tinggi yang terlibat dalam kajian, cabaran dan halangan buat pelajar dan guru serta sejauh mana keberkesanan projek multimedia dalam meningkatkan dan mengukuhkan tahap pengetahuan pelajar.


Bagaimana pengkaji melakukan ujian
  • Internet berasaskan multimedia
  • Set soal-selidik yang dijawab oleh para guru di awal dan akhir seminar.
  • Esei dan refleksi yang diberikan oleh para guru di akhir seminar.
  • Temu bual guru-guru terlatih dengan para pelajar menengah.
  • Merakamkan pemerhatian dan refleksi mereka secara elektronik dalam satu laman perbincangan menggunakan perisian Blackboard.


JURNAL 3
WHITE PRE-SERVICE TEACHERS LEARNING MULTICULTURALISM THROUGH CONSTRUCTIVISM: AN ACTION RESEARCH CASE
by: Dario J. Almarza
Learning Multiculturalism 1, University of Missouri-Columbia, MO 65211


Permasalahan
Kajian ini membincangkan hasil satu penyelidikan tindakan di mana kedua-dua kandungan dan pelaksanaan satu pelajaran rendah peringkatkursus prasiswazah untuk guru-guru prakhidmat yang ditawarkan pada sebuah universiti selatan telah pun berubah.

Sampel
60 guru-guru prakhidmat setiap semester semasa kursus tiga tahun.

Setting
Southern University

Prosedur kajian
Kualitatif

Pengumpulan data
Portfolio Pelajar, nota-nota semasa semester bilik darjah menyeluruh.

Analisis data
Analisis dengan mengesan tema dan berkod dan menggunakan grounded theory.

Dapatan kajian
Pendekatan konstruktivism digajikan oleh kursus yang membenarkan guru-guru prakhidmat untuk membina semula kefahaman awal dan andaian-andaian mengenai pendidikan tehadap pelbagai budaya dan sosial telah membina pengetahuan mereka tentang kepelbagaian budaya.

Masalah yang dikaji
Kepelbagaian budaya dan lingustik.

Bagaimana pengkaji melakukan ujian
  • Portfolio
  • Pra-ujian
  • Pra esei


PERBANDINGAN KETIGA-TIGA JURNAL

  • Jurnal 1menyatakan kajian tindakan merupakan satu pembelajaran yang berbentuk formatif, ia melibatkan proses mengenal pasti masalah, membuat tindakan dan melihat hasil kajian.
  • Jurnal 2 pula,kajian tindakan yang dilakukan akan memberi peluang kepada guru di masa hadapan untuk meningkatkan pengetahuan pedagogikal, kepercayaan tentang pengajaran dan meningkatkan keyakinan.
  • Manakala jurnal 3 pula, ia membincangkan hasil satu kajian tindakan bagi kursus asas kepelbagaian budaya peringkat kursus prasiswazah yang berubah daripada pendekatan tradisional kepada pembelajaran konstruktivism.

APA YANG TELAH DIPELAJARI DARI KETIGA-TIGA JURNAL BERKENAAN.
  • Dapat mengetahui bagaimana cara untuk melakukan kajian tindakan dalam beberapa situasi yang berbeza.
  • Mengetahui bahawa dengan menggunakan kajian tindakan ini kita akan memperolehi data.
  • Dapat mengetahui apakah prosedur-prosedur untuk melakukan kajian dan seterusnya tahu cara untuk mendapatkan data serta bagaimana menganalisisnya.
  • Dapat mengetahui teknik pengulasan atau penulisan dalam kajian tindakan berdasarkan contoh-contoh yang diberi.

0 comments: