BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 2, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 10 : TUGASAN 1 BUKU (MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN)

Dalam Buku Action Research for Educational Change oleh John Elliott, terdapat 5 langkah dalam mengenal pasti masalah iaitu :

1) Mengenal pasti dan menjelaskan idea umum
Idea umum pada dasarnya adalah satu pernyataan yang mengaitkan idea dengan tindakan. Kriteria penting dalam memilih ‘idea umum’ adalah ia harus sesuai dengan bidang pengkaji dan adakah sesuatu itu mahu diubah atau diperbaiki. Idea umum mungkin perlu disemak semula sepanjang proses kajian tindakan berlansung. Menurut Kemmis (1983), asas kajian tindakan ini adalah suatu proses spiral (menaik), ia melibatkan mengenal pasti masalah, membuat tindakan dan melihat hasil kajian.

2) Pencarian fakta/tinjauan (reconnaissance)
Mengenal pasti masalah kajian atau fakta melalui situasi iaitu pertama, menggambarkan/ menghuraikan fakta-fakta berdasarkan situasi, kita perlu menjelaskan sejelas mungkin sifat dari situasi yang ingin diubah atau diperbaiki. Misalnya, apakah masalah 'murid yang membuang waktu dalam kelas'. Semua fakta diatas membantu untuk menjelaskan permasalahan. Pengumpulan maklumat ini boleh memberikan asas untuk mengkelaskan fakta yang relevan, misalnya menghasilkan kategori untuk mengelaskan pelbagai jenis kategori membuang waktu. Kedua, menerangkan/menjelaskan fakta-fakta berdasarkan situasi. Setelah dikumpul dan menggambarkan fakta-fakta yang relevan yang diperlukan untuk dijelaskan, bagaimanakah ia muncul? Apa kemungkinan yang relevan, atau faktor kritis mengenai keadaan yang digambarkan? Fakta-fakta ini dihuraikan melalui:
  • 'Brainstorming' - jelas menghasilkan hipotesis.
  • Hipotesis percubaan

3) Membina rancangan umum (Membina dan merancang pelan tindakan).
Elliot (1991) dan Kemmis & mctaggart (1988): Rancangan umum tindakan harus mengandungi:
  • Pernyataan idea umum yang diutarakan telah disemak semula.
  • Pernyataan mengenai faktor-faktor yang akan berubah atau meningkatkan sesuatu yang berkaitan dengan keadaan/situasi, dan tindakan yang akan dilakukan ke arah itu, misalnya 'saya akan mengubah cara saya memperkenalkan maklumat faktual kepada murid penerangan jelas mengenai apa yang perlul mereka lakukan’.
  • Pernyataan perundingan dengan (rakan sekerja, penyelia), atau dengan orang lain sebelum melaksanakan tindakan yang dicadangkan.
  • Pernyataan mengenai sumber yang perlu disediakan untuk melakukan tindakan yang dicadangkan, misalnya bahan, bilik, peralatan, dll
  • Pernyataan daripada kerangka etika yang akan menetapkan akses dan maklumat keluaran (menyatakan idea-idea tentang pengumpulan data).

4) Membangunkan langkah-langkah tindakan seterusnya
pengkaji memutuskan dengan tepat mana daripada tindakan yang telah digariskan yang perlu diambil selaras dengan pelan umum dan bagaimana proses-proses itu berlaku serta kesannya akan dipantau. Penting untuk mengingati berikut:
  • Individu perlu menggunakan teknik-teknik pemantauan yang memberikan bukti semasa tindakan sedang dilaksanakan.
  • Individu perlu menggunakan teknik-teknik yang mana menyediakan bukti yang tidak disengajakan serta kesan yang disengajakan.
  • Individu perlu menggunakan pelbagai teknik yang akan membolehkan orang untuk melihat apa yang berlaku daripada pelbagai sudut atau sudut pandang.

5) Pelaksanaan tindakan
Dalam membuat sesuatu kajian, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk memastikannya berjaya. Apa yang dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya dan memastikan segala yang dirancang itu dilaksanakan. Di sini akan berlaku perubahan tingkah laku peserta. Sebagai seorang pengkaji, pemantauan perlu dilakukan pada awal tinjauan lagi, ia juga perlu memilih pelbagai teknik pemantauan untuk menghuraikannya.

0 comments: